Saturday, December 10, 2011

Fenomena Terbaru DSLR


Jenis Kamera DSLR iaitu :


Secara umum terdapat dua jenis kamera yang sering digunakan oleh photographer iaitu :-


DLSR                 : Digital Single Lens Reflex
Kompak Kamera : ianya juga dikenali dengan kamera ‘Point and Shoot’.


Mengenali Ciri-Ciri DSLR :
  1. Melihat imej melalui lensa 
  2. Lensa boleh ditukar ganti.
  3. DSLR mempunyai saiz sensor yang besar dan menghasilkan imej yang lebih baik dari kamera kompak, i.e. ‘sharper’ dan kurang ‘noise’; dan.
  4. Kamera DSLR hampir tiada ‘shutter lag’ membuatkan DSLR sesuai untuk suasana seperti acara sukan atau acara yang penting.

Dibawah berikut perbezaan sensor mengikut jenis kemera :-




Fungsi Setiap komponen terdapat pada DSLR iaitu :

Lensa : Lensa adalah antara komponen penting dalam kamera. Kualiti sesuatu
            gambar bergantung kepada kualiti lensa. Lensa bagi kamera DSLR 
            boleh ditukar-tukar.


Bateri : Kebanyakkan DSLR didatangkan dengan bateri yang boleh dicas 
            semula. Jangka hayat setiap cas penuh boleh merakam purata 400
            sehingga 1000 gambar bergantung kepada jenis kamera dan 
            pengunaan. Mengetahui jangka hayat bateri kita penting bagi 
            merancang rakaman gambar kita.


Kad Memori :Sebelum kita merakamkan gambar perlulah dipastikan kita telah
                   memasukkan kad memori. Kad memori berfungsi menyimpan 
                   semua imej yang telah dirakamkan. Terdapat beberapa jenis kad
                   memori yang sering digunakan seperti, Compact Flash (CF), SD,
                   XD, MMC dan beberapa jenis lagi.


Bagaimana Sesebuah Kamera DSLR berfungsi?


Bagi meningkatkan lagi kemahiran dalam fotografi, anda perlu tahu bagaimana kamera berfungsi. Cerah dan gelapnya gambar yang kita ambil bergantung kepada ‘exposure’ atau dedahan cahaya yang memasuki dalam kamera.


Bagi sesebuah kemera dslr berfungsi iaitu :


Cahaya melalui lensa .
Cermin memantulkan cahaya supaya kita dapat melihat objek.




Apabila anda memetik button di kamera cermin akan terangkat, ‘tingkap’ atau pengatup (‘shutter’) akan terbuka membenarkan cahaya masuk ke sensor dan membentuk imej,ianya dikenali dengan exposure .


Sumber : Mengenali DSLR

Sunday, December 4, 2011

Tutorial menghasilkan wallpapers